BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi Susulan Permintaan Kukuh Eksport

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Khamis berikutan permintaan eksport yang kukuh meningkatkan sentimen pasaran.

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata eksport bagi Julai dijangka menokok hampir 20 peratus berbanding Jun, sekali gus mencerminkan prestasi eksport yang teguh.

Ad Banner

"Peningkatan itu menandakan bulan kedua berturut-turut eksport mencatat pertumbuhan lebih kukuh, menunjukkan permintaan eksport kekal berdaya tahan," katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan, kontrak Ogos 2026 susut RM3 kepada RM4,554 satu tan manakala September 2026 meningkat RM15 kepada RM4,643 satu tan.

Kontrak Oktober 2026, November 2026 dan Disember 2026 masing-masing naik RM19 kepada RM4,683, RM4,714 dan RM4,743 satu tan manakala Januari 2027 menokok RM17 kepada RM4,770 satu tan.

Ad Banner

Jumlah dagangan menyusut kepada 67,530 lot daripada 77,694 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 302,397 kontrak daripada 302,561 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Ogos Selatan berkurangan RM10 kepada RM4,550 satu tan.

-- BERNAMA