BERITA TERKINI   Nahas helikopter: Dua daripada mangsa adalah pencarum Perkeso, akan terima pencen penakat bulanan - Ramanan | Nahas FDS: Layang Layang Aerospace gantung operasi semua helikopter BO-105, pesawat guna enjin Rolls-Royce siri 250 serta-merta - CAAM | Nahas FDS: Helikopter miliki CoA sah hingga 4 Ogos 2027, sijil pendaftaran hingga 28 Julai 2029 - CAAM | Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) jalankan siasatan bebas, kenal pasti punca nahas helikopter FDS - CEO CAAM | Indeks Harga Rumah Malaysia pada separuh pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 

Unit PTT Synergy Beli Perisian Logistik, Harta Intelek Bernilai US$7.1 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- PTT Robotics Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung PTT Synergy Group Bhd memeterai perjanjian dengan vTradEx Information Technology (Shanghai) Co Ltd untuk membeli perisian logistik dan hak harta intelek (IP) berkaitan bernilai US$7.10 juta (US$1 = RM4.09).

Syarikat teknologi dari China vTradEx, terlibat terutamanya dalam menyediakan perisian pengurusan rantaian bekalan untuk sektor logistik.

Perisian yang terlibat dalam perjanjian itu merangkumi Sistem Pengurusan Gudang, Sistem Pelaksanaan Gudang, Sistem Pengurusan Pengangkutan dan Sistem Pengurusan Lapangan.

Ad Banner

Perisian itu akan digunakan di 11 negara iaitu Brunei, Kemboja, Timor-Leste, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Menurut PTT Synergy dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pertimbangan belian itu akan dijelaskan secara tunai dan dibiayai melalui dana dalaman dan pinjaman bank.

"Pembelian perisian itu bertujuan mengubah PTT menjadi penyedia penyelesaian logistik bersepadu sehenti menerusi pelaksanaan sistem yang bersepadu sepenuhnya, sekali gus mengukuhkan kemampuan operasinya, pemilikan data serta potensi untuk menjana pendapatan berulang dalam jangka panjang.

Ad Banner
Ad Banner

"Pembelian perisian itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan PTT pada masa depan," menurut syarikat itu yang terlibat dalam infrastruktur perindustrian, kemudahan logistik dan pembinaan.

Cadangan pembelian itu dijangka selesai pada suku pertama tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2027.

-- BERNAMA