BERITA TERKINI   Nahas helikopter: Dua daripada mangsa adalah pencarum Perkeso, akan terima pencen penakat bulanan - Ramanan | Nahas FDS: Layang Layang Aerospace gantung operasi semua helikopter BO-105, pesawat guna enjin Rolls-Royce siri 250 serta-merta - CAAM | Nahas FDS: Helikopter miliki CoA sah hingga 4 Ogos 2027, sijil pendaftaran hingga 28 Julai 2029 - CAAM | Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) jalankan siasatan bebas, kenal pasti punca nahas helikopter FDS - CEO CAAM | Indeks Harga Rumah Malaysia pada separuh pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif mengakhiri dagangan dengan lebih meningkat pada Isnin.

Kontrak bulan semasa Julai 2026 menokok enam sen kepada 1,705.50, Ogos 2026 naik 5.5 mata kepada 1,706.5, September 2026 dan Disember 2026 masing-masing menambah 4.5 mata kepada 1,685.5 dan 1,687.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,070 lot daripada 7,785 pada Jumaat manakala kepentingan terbuka naik kepada 43,262 kontrak daripada 40,493 sebelum ini.

Ad Banner

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 6.95 mata atau 0.41 peratus kepada 1,698.44 daripada 1,691.49 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner