BERITA TERKINI   Lebih 7,000 aduan deepfake diterima MCMC setakat 15 Jun lepas - Teo Nie Ching | MPOB berjaya komersialkan lebih 240 teknologi dengan potensi nilai pasaran melebihi RM6 bilion buktikan penyelidikan sawit negara terus relevan dengan keperluan industri - Noraini | Hampir semua negeri terima peruntukan Persekutuan yang lebih tinggi berbanding hasil cukai, kecuali Selangor dan Pulau Pinang - PM Anwar | Isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang merupakan keputusan kerajaan negeri masing-masing - PM Anwar | PM Anwar tegaskan sebarang pengumuman projek, dasar baharu selepas penamaan calon pada mana-mana pilihan raya tidak dibenarkan | 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street berikutan sentimen pelabur yang lebih baik selepas gencatan serangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang dikekalkan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.24 mata kepada 1,666.15 daripada 1,665.91 semasa ditutup pada Isnin.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.37 mata kepada 1,667.28.

Pasaran secara menyeluruh positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 181 berbanding 130 manakala 297 kaunter tidak berubah, 2,082 tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 157.26 juta saham bernilai RM89.56 juta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup berubah sedikit semalam kemungkinan disebabkan aktiviti belian saham pada harga rendah walaupun pelabur kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan luaran seperti yang dapat dilihat daripada jumlah dagangan yang agak rendah sebanyak 2.7 bilion saham.

“Tanpa petunjuk jelas bahawa ketegangan di Asia Barat mereda, kami menjangka satu lagi hari dagangan yang kurang menggalakkan di Bursa Malaysia, dengan FBM KLCI dijangka berada dalam julat 1,660 hingga 1,670 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing meningkat dua sen kepada RM10.82 dan RM14.28, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.82 manakala CIMB mendatar pada RM7.45 dan IHH menurun empat sen kepada RM8.36.

Bagi kaunter aktif, Liftech Group yang mula disenaraikan di Pasaran ACE berkurangan 1.5 sen kepada 27.5 sen manakala Tanco, Senheng dan Dagang Nexchange, masing-masing meningkat setengah sen kepada 15 sen, 15 sen dan 42.5 sen. SNS menambah tiga sen kepada 53.5 sen.

Kaunter paling untung ialah OCB melonjak 13.5 sen kepada 99.5 sen, Apollo dan Dutch Lady, masing-masing meningkat 10 sen kepada RM5.95 dan RM32.60, Hume Cement naik tujuh sen kepada RM2.99 dan Genting Plantations meningkat enam sen kepada RM5.26.

Kaunter paling rugi ialah Malaysian Pacific Industries menurun RM1 kepada RM48.10, Batu Kawan merosot 80 sen kepada RM20.64, Tradeplus berkurangan 17 sen kepada RM4.93, KLCC menyusut 15 sen kepada RM8.98 dan Press Metal menurun 10 sen kepada RM7.68.

Indeks FBM Emas meningkat 3.81 mata kepada 12,383.72, Indeks FBM Top 100 menambah 2.34 mata kepada 12,215.43 manakala Indeks FBM Emas Shariah menurun 3.38 mata kepada 12,249.14.

Indeks FBM Mid 70 naik 5.82 mata kepada 17,854.54 dan Indeks FBM ACE meningkat 8.28 mata kepada 4,797.57.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 24.17 mata kepada 19,697.20, Indeks Tenaga naik 2.92 mata kepada 750.42, Indeks Perladangan menurun 19.56 mata kepada 8,806.07 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.78 mata kepada 180.59.

-- BERNAMA