6jam ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil disebabkan pelabur menilai perkembangan di Asia Barat, pengumuman data ekonomi utama dari Amerika Syarikat (AS) dan China dan hala tuju aliran dana asing.
6jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras 1,700 dan diunurkan dalam julat antara 1,710 hingga 1,715 pada minggu depan, disokong oleh selera risiko yang semakin baik serta penilaian menarik dalam kalangan saham mewah Malaysia terpilih.
22jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran meningkat 0.60 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, mengatasi prestasi pasaran serantau yang rata-ratanya lebih lemah, apabila sentimen tempatan disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham mewah susulan penurunan indeks petunjuk pasaran itu, baru-baru ini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, berbanding prestasi serantau, disokong sentimen positif tempatan susulan pengumuman mengenai tender Solar Berskala Besar 6 (LSS6) yang dijangka dibuka pada penghujung tahun ini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah pada Rabu terjejas oleh penurunan dalam sektor telekomunikasi dan perbankan, meskipun prestasi positif di kebanyakan pasaran di Asia.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu apabila pelabur mengambil peluang membeli saham pada harga rendah selepas penutupan pasaran yang panjang minggu lepas, selain disokong sentimen positif susulan kenaikan Wall Street semalaman.
7hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan menurun disebabkan pelabur menilai perkembangan sekitar konflik Asia Barat dalam persekitaran minggu dagangan yang singkat.
7hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikal awal ditutup rendah pada Jumaat berikutan penjualan pada saat-saat akhir dalam saham mewah ketika pelabur mula berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik berterusan di Asia Barat terus menjejaskan sentimen pasaran.
8hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Jumaat, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street apabila sentimen pelabur lebih baik susulan ketegangan geopolitik yang mereda antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
9hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis namun kembali susut selepas itu, sejajar prestasi lemah pasaran serantau susulan aktiviti pengambilan untung awal mengehadkan kenaikan pasaran.
11hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa apabila terdapat aktiviti pengambilan untung awal dalam persekitaran harga minyak mentah rendah berikutan petunjuk potensi ketegangan mereda antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.