BERITA TERKINI   HBH: Penjawat awam boleh bekerja dua hari di rumah atau lokasi alternatif, tiga hari di pejabat tertakluk kepada keperluan perkhidmatan - JPA | Hari Bekerja Hibrid inisiatif baharu pengaturan kerja lebih fleksibel untuk penjawat awam tanpa kurangkan waktu bekerja - JPA | Jemaah Menteri bersetuju pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma baharu dalam Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 1 Ogos ini - JPA  | Pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka dibentang dalam sidang Parlimen kali ini - Fahmi | 'Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati' dipilih tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 - Fahmi | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Bagi Hari Keempat Berturut-turut

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) --  Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat yang juga prestasi bagi hari keempat berturut-turut, menjejaki kerugian dialami pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut diasak oleh tekanan peningkatan pengeluaran di negara-negara pengeluar utama, termasuk Indonesia dan Vietnam susulan faktor cuaca yang baik serta penyusutan harga minyak mentah.

Ad Banner

“Faktor itu terus meningkatkan bekalan getah asli. Selain itu, harga minyak dijangka susut ketika ketegangan Asia Barat mereda dan memulihkan prospek bekalan global,” katanya kepada Bernama.

Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent turun 3.43 peratus kepada US$72.68 setong.

Menurut peniaga itu, kebimbangan berkaitan kadar faedah utama Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi serta tekanan inflasi yang ketara, terus memberi kesan terhadap sentimen pasaran.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Inflasi AS yang melonjak pada Mei 2026 dengan mencatat lebih empat peratus, mengukuhkan lagi jangkaan kemungkinan kadar faedah lebih tinggi bagi tempoh yang panjang.

Bagaimanapun, beliau berkata sebahagian daripada kerugian dialami komoditi itu dapat ditampung oleh jangkaan gangguan bekalan berkaitan cuaca selepas Thailand memberi amaran hujan lebat boleh menjejaskan aktiviti menoreh getah selain faktor pertumbuhan ekonomi AS yang lebih kukuh pada suku pertama.

Pada 3 petang ini, harga Getah Mutu Malaysia SMR 20 turun 27 sen kepada 880.5 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 10 sen kepada 769.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA