BERITA TERKINI   JPJ laksana pengecualian sementara fi tukar hak milik kenderaan diesel selama tiga bulan mulai 1 Julai - MOF | BUDI Diesel diperluas kepada kenderaan persendirian milik syarikat jenis pikap dan jip - MOF | PRN Johor: Pastikan budaya berkempen dilaksanakan secara sihat berasaskan fakta, bukannya fitnah - Fahmi | 

MPOA Lantik Mohd Haris Sebagai Pengerusi Bagi Penggal 2026-2028

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) melantik Mohd Haris Mohd Arshad sebagai pengerusi baharu bagi penggal 2026 hingga 2028, menggantikan Datuk Lee Yeow Chor yang memegang jawatan itu sejak enam tahun lepas.

MPOA berkata Mohd Haris akan menerajui hala tuju strategik majlis serta bekerjasama rapat dengan pasukan kepimpinan eksekutif dalam memperjuangkan kepentingan industri sawit ke arah masa depan yang mampan dan berdaya saing.

Beliau yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SD Guthrie Bhd mempunyai lebih 30 tahun pengalaman global dalam sektor hiliran, khususnya dalam perdagangan komoditi, perolehan dan transformasi strategik.

Ad Banner

“Sebagai Pengerusi Skim Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Persatuan Penapis Minyak Sawit Malaysia (PORAM), beliau memacu piawaian negara, inisiatif kemampanan serta daya saing global.

“Mohd Haris juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dalam usaha memperjuangkan pembangunan perdagangan dan pemasaran minyak sawit Malaysia,” kata MPOA.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner