BERITA TERKINI   Masalah kewangan TH mungkin dapat dibendung lebih awal jika amaran BNM ditangani sewajarnya sejak 2014 - Zulkifli | Kerajaan tegaskan simpanan pendeposit TH selamat - MOF | Kerajaan tegaskan kerugian TH yang berpunca daripada salah urus kewangan, pelaburan sebelum 2018 tidak hilang - MOF | Kerajaan tidak akan campur tangan dan tidak akan melindungi sesiapa; keputusan pendakwaan terletak sepenuhnya pada pendakwa raya - MOF | Cadangan wujudkan 'multi-agency task force' siasat pelaburan TH yang berisiko kerugian, diteliti untuk pelaksanaan - Zulkifli | 

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$130.5 Bilion, Setakat 15 Jun

KUALA LUMPUR, 23 June (Bernama) -- Rizan Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$130.5 bilion, setakat 15 Jun 2026.

Bank pusat itu melalui satu kenyataan berkata kedudukan rizab negara adalah mencukupi untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, selain 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

BNM berkata rizab antarabangsa kasarnya terdiri daripada rizab mata wang asing (US$114.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (US$5.9 bilion), emas (US$6.5 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Ad Banner

Sementara itu, bank pusat itu berkata jumlah asetnya berjumlah RM606.30 bilion merangkumi emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM526.90 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.10 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.84 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.68 bilion), harta benda dan peralatan (RM4.55 bilion) serta aset lain (RM35.23 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti adalah sebanyak RM606.30 bilion, terdiri daripada modal (RM100 juta), rizab (RM199.13 bilion), mata wang dalam edaran (RM183.47 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM100.32 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.83 bilion), deposit lain (RM70.31 bilion), kertas Bank Negara (8.89 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM26.38 bilion) serta liabiliti lain (RM4.89 bilion).

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA