BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

AirAsia X Terbuka Teroka Peluang Penerbangan Di Turkmenistan, Rusia

SEPANG, 22 Jun (Bernama) -- AirAsia X Bhd terbuka untuk meneroka perkhidmatan penerbangan ke Turkmenistan dan Rusia sekiranya peluang pasaran dan keperluan operasi terbukti berdaya maju, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Bo Lingam.

Beliau berkata AirAsia X sedang memantau rapat peluang yang muncul daripada inisiatif baharu kerajaan ke kerajaan (G2G) dan perjanjian dua hala yang boleh menyokong pembangunan untuk laluan penerbangan pada masa depan.

“Kami sangat terbuka. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melawat Rusia dan bercakap tentang perjanjian dua hala untuk mengadakan penerbangan ke sana dan sebagainya. Kami pasti akan ke sana sekiranya ada peluang dan kami mempunyai pesawat yang sesuai untuk ke destinasi itu.

Ad Banner

“Kami berharap kita (Malaysia) mendapat lebih banyak (kemudahan) tanpa visa, yang akan memudahkan perjalanan untuk semua orang,” katanya semasa Sesi Taklimat Tinjauan Penerbangan AirAsia hari ini.

Mengenai sama ada Turkmenistan dan Rusia boleh dianggap sebagai destinasi masa depan, Bo berkata syarikat penerbangan itu akan menilai permintaan pasaran dan kebolehlaksanaan operasi sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya tidak tahu bila (ke Turkmenistan dan Rusia), tetapi kami sangat terbuka,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Malaysia dan Turkmenistan baru-baru ini memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga, perdagangan dan pelaburan semasa lawatan rasmi Anwar ke Asia Tengah, dengan penambahbaikan untuk ketersambungan udara dilihat sebagai salah satu potensi bagi merancakkan lagi pertukaran antara rakyat dan hubungan perniagaan.

-- BERNAMA