BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Perluas Peranan Petronas Di Turkmenistan Perkukuh Kedudukan Malaysia Dalam Landskap Tenaga Global - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Kejayaan memperluas peranan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam sektor tenaga Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap tenaga global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial X hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkembangan itu mencerminkan keyakinan tinggi terhadap keupayaan Malaysia serta rekod cemerlang Petronas yang telah bertapak dan beroperasi di Turkmenistan selama tiga dekad.

Pada Sabtu, Petronas menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd (PC(T)SB) telah memeterai beberapa perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama strategik jangka panjang dengan negara itu.

Ad Banner

Antara perjanjian itu adalah kerjasama dengan State Concern Turkmennebit (Turkmennebit) dan State Enterprise Hazarnebit (Hazarnebit) bagi memperkukuh kehadirannya di Laut Kaspia serta memperluas portfolio huluannya di negara itu.

Anwar berkata lawatan rasmi dua hari, bermula 18 hingga 19 Jun ke negara Asia Tengah itu turut menyaksikan pemeteraian pelbagai dokumen kerjasama melibatkan bidang pendidikan, latihan diplomatik, penerbangan, sains dan pembangunan modal insan.

“Saya yakin kesepakatan yang dicapai akan mengangkat hubungan Malaysia-Turkmenistan ke tahap yang lebih kukuh demi kemakmuran rakyat dan kepentingan negara,” kata beliau.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA