BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Apabila Fed Terus Dijangka Naikkan Kadar Faedah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan jangkaan berterusan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin menaikkan kadar faedah pada tahun ini terus memacu dolar.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.1340/1395 berbanding dolar AS daripada 4.1145/1195 ketika ditutup semalam.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prospek kadar faedah yang lebih tinggi di AS menyokong dolar AS, sekali gus memberi tekanan kepada mata wang Asia termasuk ringgit.

“Pasaran mata wang (Asia) terus terjejas ekoran kebimbangan terhadap pengetatan dasar monetari oleh Fed, yang dijangka menaikkan Kadar Dana Persekutuan sebanyak 25 mata asas tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan, ringgit rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.5636/5671 daripada 2.5588/5620 ketika ditutup pada Khamis, dan rendah berbanding pound British kepada 5.4709/4782 daripada 5.4476/4542.

Mata wang tempatan juga turun berbanding euro kepada 4.7376/7439 daripada 4.7222/7280.

Ringgit turut ditutup rendah berbanding mata wang negara serantau ASEAN.

Unit domestik kurang stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.2019/2064 daripada 3.1898/1939 dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.5856/6074 daripada 12.5611/5809 ketika ditutup semalam.

Ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 232.2/232.5 daripada 231.2/231.5, dan rendah berbanding peso Filipina kepada 6.80/6.81 daripada 6.79/6.80.

-- BERNAMA