BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Kedudukan Fiskal Suku Pertama 2026 ASEAN+3 Kekal Berdaya Tahan - AMRO

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kedudukan fiskal ASEAN+3 secara umumnya kekal berdaya tahan pada suku pertama 2026, walaupun terdapat tekanan perbelanjaan yang muncul dan keadaan pembiayaan lebih ketat susulan konflik Asia Barat semakin memuncak.

ASEAN+3 ialah forum kerjasama yang menyatukan negara anggota ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan.

Menurut kenyataan ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) ASEAN+3 Quarterly Fiscal Bulletin (Buletin Fiskal Suku Tahunan ASEAN+3 Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO), hasil pendapatan suku pertama secara umumnya kekal kukuh di seluruh rantau ini dengan kebanyakan negara mencatatkan pertumbuhan hasil positif setakat tahun ini, disokong oleh kutipan cukai berasaskan pendapatan dan penggunaan yang teguh.

Ad Banner

“Bagaimanapun, pendapatan berkaitan sumber susutr dalam kalangan pengeksport minyak, menunjukkan bahawa faedah pendapatan daripada harga komoditi yang lebih tinggi masih belum direalisasikan sepenuhnya.

“Sementara itu, tekanan perbelanjaan telah mula meningkat terutamanya dalam ekonomi dengan rejim subsidi bahan api yang meluas, manakala hasil bon kerajaan 10 tahun serantau meningkat selepas tercetusnya konflik pada Februari, 2026,” menurut kenyataan itu.

Timbalan Pengarah Pemantauan Fungsi dan Penyelidikan AMRO Dr Abdurohman berkata kewangan awam ASEAN+3 kekal berdaya tahan pada suku pertama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Namun begitu, beliau berkata tanda-tanda awal tekanan mula kelihatan, memandangkan kos tenaga dan subsidi lebih tinggi, bersama dengan kos fiskal daripada langkah-langkah dasar diperkenalkan baru-baru ini, dijangka akan menjejaskan kedudukan fiskal.

“Pada masa sama, keadaan pembiayaan yang lebih ketat meningkatkan risiko penurunan kepada prospek fiskal. Impak fiskal dijangka menjadi lebih ketara dalam hasil fiskal suku kedua,” katanya.

Menurut AMRO, langkah fiskal telah menjadi teras kepada tindak balas kerajaan-kerajaan ASEAN+3 terhadap konflik tersebut, dengan 59 langkah fiskal langsung dan 15 langkah separa-fiskal telah diperkenalkan sejak permulaan konflik, dan kesemua ekonomi melaksanakan sekurang-kurangnya satu langkah.

"Sokongan fiskal di seluruh rantau ini adalah tepat pada masanya dan responsif, namun seiring dengan perubahan keadaan, dasar-dasar perlu disesuaikan semula dengan teliti bagi mengimbangi sokongan jangka pendek dengan kemampanan fiskal jangka sederhana."

"Pihak berkuasa ahli perlulah mengutamakan langkah-langkah bersasar dengan baik dan bersifat sementara. Komunikasi yang jelas serta strategi fiskal jangka sederhana yang boleh dipercayai adalah penting untuk menetapkan jangkaan dan membendung risiko fiskal yang semakin meningkat," kata Abdurohman.

-- BERNAMA