BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

CIDB Lantik Ahmad Farrin Sebagai Ketua Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melantik Ahmad Farrin Mokhtar sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 8 Jun, menggantikan Zainora Zainal yang bersara pada 15 Januari lepas.

“Kerjaya beliau meliputi pelbagai tanggungjawab termasuk pembangunan dasar industri, pengurusan korporat, penguatkuasaan, pembangunan perniagaan, hubungan antarabangsa dan pembinaan kapasiti untuk sektor pembinaan Malaysia.

“Beliau telah memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju strategik CIDB, ​​menyumbang kepada Pelan Strategik CIDB 2021-2025 dan memacu inisiatif di bawah Dasar Pembinaan Negara 2030 dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya,” menurut CIDB dalam satu kenyataan.

Ad Banner

Surat pelantikan itu disampaikan secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di pejabat beliau di Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner