BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Berlegar Antara RM4,200-RM4,300 Minggu Depan - Interband

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam lingkungan RM4,200 hingga RM4,300 setan minggu depan.

Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata jangkaan ini diterima walaupun kedudukan stok minyak sawit Malaysia agak kukuh pada April, seperti yang dilaporkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ad Banner

Harga pada tahap ini berkemungkinan menarik pembeli dari India, China, Pakistan, Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata kontrak niaga hadapan MSM dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik pada minggu depan di tengah-tengah kebimbangan mengenai prospek pengeluaran yang lebih lemah. “Kami menjangkakan harga antara RM4,40 dan RM4,550 setan pada minggu berkenaan,” katanya.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak Jun 2026 turun RM105 kepada RM4,387 satu tan, manakala Julai 2026 susut RM91 kepada RM4,435 dan September 2026 merosot RM79 kepada RM4,475.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ogos 2026 kehilangan RM73 kepada RM4,511 satu tan, Oktober 2026 menyaksikan penurunan sebanyak RM72 kepada RM4,544 dan November 2026 rugi RM76 kepada RM4,571.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 418,814 lot berbanding 298,261 lot yang dicatatkan semasa minggu lepas, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 283,513 kontrak daripada 293,957 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan turun RM50 kepada RM4,470 satu tan.

-- BERNAMA