BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Harga Minyak Mentah Dan Minyak Soya

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dipengaruhi oleh kelemahan harga minyak mentah dan minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Sewaktu berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent turun 2.67 peratus kepada US$88.08 setong.

Ad Banner

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata prestasi eksport yang lebih lemah baru-baru ini turut menjejaskan sentimen pasaran.

"Kami melihat harga paras sokongan di atas RM4,400 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,580," katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2026 dan Julai masing-masing susut RM74 kepada RM4,387 dan RM4,435 setiap tan manakala kontrak Ogos 2026 merosot RM76 kepada RM4,475 setiap tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kontrak September 2026 turun RM81 kepada RM4,511 setiap tan, kontrak Oktober 2026 berkurang RM88 kepada RM4,544 setiap tan dan kontrak November 2026 menyusut RM90 kepada RM4,571 setiap tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 119,170 lot daripada 59,067 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 283,511 kontrak daripada 277,876 kontrak sebelumnya.

Sementara itu, harga MSM fizikal bagi Jun Selatan turun sebanyak RM50 kepada RM4,470 setiap tan.

-- BERNAMA