BERITA TERKINI   (RASMI): BN menang 48 DUN manakala PH lapan DUN dengan calonnya Dr Maszlee Malik menangi DUN Puteri Wangsa - SPR | PRN Johor: Calon PH Maszlee Malik menang kerusi DUN Puteri Wangsa, tewaskan empat pencabar - SPR | (RASMI): BN menang 47 DUN manakala PH tujuh DUN setakat 12.10 tengah malam ini-- SPR | PRN Johor: Calon BN Abdul Halim Suleiman menang kerusi DUN Tiram - SPR | PRN Johor selesai, masa melangkah ke depan bina negeri lebih makmur dan maju - Anwar | 

Unit Scanwolf Raih Kontrak Kerja Bernilai RM21 Juta Di Selangor

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Scanwolf Corporation Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya, Scanwolf Trading and Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LOA) daripada Sg Besi Construction Sdn Bhd untuk kontrak bernilai RM21 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Scanwolf Corp menyatakan subkontrak itu merangkumi kerja-kerja pembinaan, penyiapan, pengujian dan pentauliahan sebuah blok kilang sembilan tingkat di Klang, Selangor, untuk Tetuan Armani Maker Alliance Sdn Bhd.

"Kerja-kerja subkontrak itu akan bermula pada 12 Jun, 2026 dan dijangka selesai pada 11 Jun, 2027," jelasnya.

Ad Banner

Scanwolf Corp menyatakan LOA itu tidak akan menjejaskan modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.

"Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026 dan Jun 2027," tambahnya.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner