BERITA TERKINI   Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | 

Pelaburan Yantai Yatong Precision Berjumlah RM160 Juta Perkukuh Industri Automotif Di Perak

IPOH, 22 Mei (Bernama) -- Pelaburan baharu bernilai RM160 juta daripada pengeluar komponen automotif dari China, Yantai Yatong Precision Mechanical Technology akan memperkukuh kedudukan Perak sebagai hab industri automotif yang sedang berkembang.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata syarikat itu berpengalaman lebih 20 tahun membekalkan komponen automotif bagi pelbagai jenama terkemuka dunia.

Yantai Yatong juga berhasrat mengembangkan operasinya dengan membina kilang pertama di luar China dan memilih Tanjong Malim Hi-Tech Park sebagai destinasi pelaburan, katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Ad Banner

Beliau berkata perkembangan positif itu dicatatkan ketika kunjungan delegasi kerajaan negeri ke syarikat berkenaan di Changshu, Suzhou semalam sempena misi pelaburan negeri ke China.

"Berdasarkan jumlah pelaburan RM160 juta di Tanjong Malim Hi-Tech Park, ini akan merancakkan lagi landskap automotif negara khususnya di Perak sebagai hab industri automotif serantau.

"Insya-Allah, kita akan terus beri komitmen tinggi bagi memastikan pelaburan berkualiti terutamanya daripada sektor automotif dapat ditempatkan di Perak, sekali gus menjana peluang pekerjaan berkualiti kepada anak-anak tempatan," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau kini mengetuai delegasi Perak bagi misi pelaburan ke China itu di samping memperkukuh hubungan ekonomi serta meneroka peluang pelaburan.

-- BERNAMA