BERITA TERKINI   Pengguna yang masih dikenakan fi RM1 di ATM diminta lapor ke Bank Negara untuk tindakan susulan - Fahmi | Pembukaan Pusat Pembangunan Global syarikat fintech di TRX bukti kestabilan politik dan dasar negara terus tarik pelaburan asing - Fahmi | Jawatankuasa kerja dan kumpulan teknikal tangani jenayah penipuan dalam talian telah ditubuhkan pada 18 Jun - Fahmi | Malaysia rancang guna semula tapak loji janakuasa arang batu yang akan ditamatkan operasi kepada hab tenaga boleh baharu - TPM Fadillah | Kegagalan untuk campur tangan, terutama negara-negara yang berupaya mempengaruhi rejim Zionis, hanya memberi ruang kepada rejim itu untuk memperluaskan peperangannya di rantau itu - PM Anwar | 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini, menurut penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 3.9550/9600 berbanding dolar AS daripada 3.9500/9545 semasa ditutup semalam.

Ad Banner

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata ringgit kini bertindak sebagai mata wang yang lebih sensitif kepada perubahan pasaran serantau berikutan prestasi kukuh ringgit baru-baru ini menyebabkannya terdedah kepada pengambilan untung dalam jangka pendek dan pelarasan dipacu oleh aliran dana walaupun asas makroekonomi Malaysia kekal kukuh. 

Bercakap kepada Bernama, katanya penyusutan ringgit hari ini sebahagian besarnya berpunca daripada kedudukan global dan bukan disebabkan sebarang kelemahan dalam asas ekonomi negara.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.14 peratus kepada 98.245 mata.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sehubungan itu, katanya pengukuhan dolar AS terus memberi tekanan yang kecil kepada ringgit.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3614/3682 daripada 5.3495/3556 semasa ditutup pada Selasa, susut berbanding euro kepada 4.6594/6653 daripada 4.6567/6620 semalam dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.4890/4923 daripada 2.4847/4877 sebelumnya.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1095/1139 daripada 3.1053/1091 pada Selasa dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 230.7/231.0 daripada 230.6/231.0.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.3098/3330 daripada 12.3183/3397 semalam dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.58/6.59 daripada 6.59/6.61 sebelumnya.

-- BERNAMA