BERITA TERKINI   PRN Melaka: 31.07 peratus pengundi keluar mengundi setakat 11.25 pagi - Pengerusi SPR | PRN Melaka: Pengerusi SPR yakin peratusan keluar mengundi antara 70 hingga 75 peratus | PRN Melaka: 17.96 peratus pengundi keluar mengundi setakat 10 pagi - SPR | Raja Permaisuri Agong titah pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat nilai kesan pembangunan pusat data terhadap alam sekitar | PRN Melaka: 9.24 peratus pengundi keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | 

Ekonomi

Signature Alliance Peroleh Kontrak RM51.56 Juta Bangunkan Semula Underwater World Langkawi

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Signature Alliance Group (SAG), Zig Zag Builders memperoleh kontrak bernilai RM51.56 juta untuk melaksanakan kerja pembangunan semula dan pengubahsuaian Underwater World Langkawi di Kedah.

Anak Syarikat FHIB Peroleh Kontrak Kerja Struktur Bernilai RM46.96 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Federal International Holdings Bhd (FIHB), Federal Builders Industries Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM46.96 juta daripada Perumahan Masteron Sdn Bhd.

Handal Energy Akan Fail Rayuan Berhubung Nyahsenarai Bursa Pada 10 November

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Handal Energy Bhd sedang menyediakan representasi bertulis kepada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi menjelaskan faktor syarikat itu tidak seharusnya dinyahsenaraikan dan akan mengemukakannya pada 10 Nov, 2026.

Econpile Peroleh Kontrak RM73 Juta Bagi Projek Hospital Tung Shin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM73 juta daripada SA Architects Sdn Bhd, bagi pihak Hospital Tung Shin, untuk melaksanakan kerja cerucuk dan asas bagi pembinaan bangunan hospital baharu di Jalan Pudu.

JS-SEZ Luluskan Pelaburan Cecah RM88.83 Bilion, 45 Peratus Direalisasikan

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 2 Nov (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) mencatatkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM88.83 bilion antara Januari 2025 dan Jun 2026, dengan potensi mewujudkan 28,755 peluang pekerjaan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

MATRADE Unjur Lebihan Dagangan Malaysia Meningkat Sehingga 20 Peratus Tahun Ini

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengunjurkan lebihan dagangan Malaysia akan berkembang sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus tahun ini daripada RM156.83 bilion yang dicatatkan tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Indera Abu Bakar Yusof.

Pelabur China Tunjuk Hasrat Labur US$15 Bilion Dalam Enam Sektor Berpotensi Tinggi – TPM Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Pelabur China menunjukkan hasrat untuk membuat pelaburan berjumlah US$15 bilion di Malaysia, melibatkan enam sektor berpotensi tinggi termasuk elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, serta industri halal.

Pelabur China Berminat Bangunkan Kilang Aluminium, Tenaga Hijau Di Bintulu - TPM Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Pelabur dari China berminat membangunkan kilang pengeluaran aluminium serta kemudahan tenaga hijau di Samalaju, Bintulu, Sarawak, bagi menyokong aktiviti pembuatan berorientasikan pasaran antarabangsa.

EPMB Perluas Operasi Pemasangan, Keluarkan Dua Model Hibrid Baharu GWM Di Melaka

ALOR GAJAH, 2 Nov (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) memperluaskan operasi pemasangan kenderaan di Melaka menerusi pelancaran dua model kenderaan hibrid baharu Great Wall Motor (GWM) jenis pelbagai guna (MPV) HEV Wey G9 dan utiliti sukan (SUV) Hibrid EC15S.

Bank Digesa Teroka Pembiayaan Berasaskan Harta Intelek Untuk Perniagaan

PETALING JAYA, 2 Nov (Bernama) -- Institusi perbankan digesa meneroka pembiayaan berasaskan harta intelek (IP) bagi memperluas peluang mendapatkan pembiayaan kepada syarikat, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.

MotoGP Group Sasar Pertumbuhan Peminat Di Asia Tenggara, Tidak Bercadang Tambah Perlumbaan

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- MotoGP Sports Entertainment Group SL (MotoGP Group) menyasar meningkatkan lagi jumlah peminat sukan permotoran itu di Asia Tenggara melalui kandungan dan peluang komersial, namun tidak bercadang menambah perlumbaan di rantau ini buat masa ini. 

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Jabatan Audit Negara Ke-120, KWSP Ke-75

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran dua duit syiling peringatan edisi terhad bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Audit Negara ke-120 (JAN120) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP75).