BERITA TERKINI   Google melabur US$15 bilion di Malaysia, menyokong pusat data dan infrastruktur, kata Presiden dan CIO | Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | KPKM sedia laksana pembenihan awan jika paras empangan di Kedah kritikal - Mohamad Sabu | Isu Utusan Malaysia, Kosmo! : Kerajaan pernah bantu, isu terkini wajar tanya pemilik - PM Anwar | PM Anwar tegaskan perancangan, pembangunan bandar tidak pinggirkan nilai kemanusiaan, kebajikan rakyat | 

Econpile Peroleh Kontrak RM73 Juta Bagi Projek Hospital Tung Shin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM73 juta daripada SA Architects Sdn Bhd, bagi pihak Hospital Tung Shin, untuk melaksanakan kerja cerucuk dan asas bagi pembinaan bangunan hospital baharu di Jalan Pudu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat memaklumkan skop kerja berkenaan merangkumi pembinaan struktur penahan tanah, kerja cerucuk, pembinaan kepala cerucuk serta papak aras bawah tanah paling bawah bagi projek berkenaan.

"Bangunan hospital baharu itu merangkumi dua aras bawah tanah, tiga aras bawah tanah rendah yang menempatkan kemudahan hospital, lima aras tempat letak kereta, enam aras atas yang menempatkan kemudahan hospital, dua aras pejabat serta satu aras mekanikal di bumbung," menurut syarikat itu.

Ad Banner
Ad Banner

Projek berkenaan mempunyai tempoh pelaksanaan selama 21 bulan bermula 1 Nov 2026.

Econpile memaklumlkan projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan syarikat mulai tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner