BERITA TERKINI   Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | KPKM sedia laksana pembenihan awan jika paras empangan di Kedah kritikal - Mohamad Sabu | Isu Utusan Malaysia, Kosmo! : Kerajaan pernah bantu, isu terkini wajar tanya pemilik - PM Anwar | PM Anwar tegaskan perancangan, pembangunan bandar tidak pinggirkan nilai kemanusiaan, kebajikan rakyat | Kerajaan akan pastikan pembangunan pusat data tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada industri sedia ada - Menteri MITI | 

Handal Energy Akan Fail Rayuan Berhubung Nyahsenarai Bursa Pada 10 November

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Handal Energy Bhd sedang menyediakan representasi bertulis kepada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi menjelaskan faktor syarikat itu tidak seharusnya dinyahsenaraikan dan akan mengemukakannya pada 10 Nov, 2026.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat tenaga yang disenaraikan di Pasaran Utama itu menjelaskan pihaknya telah menerima surat daripada Bursa Securities yang meminta pihaknya memberi penjelasan mengapa sekuritinya tidak wajar dinyahsenaraikan daripada Senarai Rasmi Bursa Securities.

Arahan itu tertakluk di bawah Perenggan 9.28(6) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Ad Banner
Ad Banner

“Notis itu dikeluarkan selepas Bursa Securities mendapati syarikat gagal mengumumkan laporan tahunannya yang merangkumi penyata kewangan tahunan yang telah diaudit berserta laporan juruaudit dan pengarah, bagi tempoh kewangan berakhir 31 Dis, 2025,” tambahnya.

Handal Energy menyatakan laporan tahunan itu sepatutnya dikemukakan pada 30 April, 2026, seiring dengan Perenggan 9.23(1) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama, namun masih belum dikemukakan selepas melebihi tempoh enam bulan.

“Lembaga pengarah syarikat akan membuat pengumuman lanjut mengenai sebarang perkembangan penting dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA