Malaysia Terbuka Perkukuh Kerjasama Strategik Ekonomi Dengan UAE – MITI
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia sentiasa terbuka untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pelbagai sektor ekonomi berpotensi tinggi, termasuk industri petroleum dan gas, petrokimia serta logistik, bagi memacu perdagangan, pelaburan dan pembangunan industri bernilai tambah tinggi.