Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian "surat anugerah"

Anak Syarikat Kitacon Dapat Kontrak Kerja-kerja Pembinaan Utama Bernilai RM54.87 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kumpulan Kitacon Bhd, Kitacon Sdn Bhd telah menerima surat anugerah daripada Sime Darby Property (Elmina North) Sdn Bhd untuk kerja-kerja bangunan utama termasuk bangunan sokongan yang bernilai RM54.872 juta.

Unit Nestcon Raih Kontrak RM161 Juta Bina Apartmen Servis 36 Tingkat

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Builders Sdn Bhd (NBSB), hari ini menerima surat anugerah (LOA) daripada BU Developments Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja pembinaan sebuah blok apartmen servis 36 tingkat di Bandar Baru Ulu Kelang, Gombak, Selangor, bernilai RM161 juta.

Unit Sunway Construction Raih Kontrak Kerja Tambahan Di Johor Bernilai RM920.8 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kerja-kerja tambahan (LOAV) daripada sebuah syarikat teknologi multinasional beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), bernilai kira-kira RM920.8 juta.

Anak Syarikat ES Sunlogy Raih Kontrak Bernilai RM25.07 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Nov  (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Savelite Engineering Sdn Bhd (Savelite), meraih dua surat anugerah (LoA) daripada Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd untuk kontrak kerja-kerja kecil bernilai RM25.07 juta.

Exsim Hospitality Raih Subkontrak RM13.49 Juta.

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM13.49 juta daripada Binastra Builders Sdn Bhd bagi membekalkan, membuat, menghantar dan memasang kerja-kerja pertukangan kayu.

Konsortium Kerjaya Prospek Raih Kontrak TNB Bernilai RM568.19 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd, menerusi konsortium melibatkan anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd (KPMSB), meraih kontrak bernilai RM568.19 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk melaksanakan dan membina GIS Paka di Terengganu