Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian "sns network"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Ketegangan Geopolitik, Kadar Fed Kekal

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ekoran ketegangan geopolitik yang kembali memuncak serta keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) untuk mengekalkan kadar faedah terus menjejaskan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Zufazlin Baharuddin and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) serta pengumuman keputusan kewangan syarikat teknologi utama AS.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Jualan Besar Saham Teknologi Serantau

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, seiring dengan jualan besar-besaran saham teknologi di pasaran serantau susulan pembuat cip Amerika Syarikat (AS) Nvidia dilaporkan berbincang dengan OpenAI untuk membantu membiayai dana sokongan bernilai US$250 bilion.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Berhati-hati Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa susulan sentimen serantau yang lemah berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan hari ini dan esok selain pengumuman prestasi kewangan syarikat teknologi utama AS.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu aktiviti Belian Saham Berharga Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi, dipacu aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor perbankan dan perladangan berikutan penurunan baru-baru ini.

Unit SNS Network Raih Kontrak Pembekalan Pelayan AI Bernilai RM1.21 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SNS Network Technology Bhd, SNS Network (M) Sdn Bhd meraih perjanjian jualan bernilai US$298.65 juta (RM1.21 bilion) untuk membekalkan pelayan kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi kepada syarikat hiburan digital global beribu pejabat di Singapura.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Cerminkan Prestasi Serantau Yang Positif

Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada tengah hari, mencerminkan prestasi serantau yang positif.