Terdapat 49 berita berdasarkan kata kunci carian "petroleum"

Malaysia Perluas Kerjasama Tenaga Dengan Turkmenistan, Sasar Perkhidmatan Bernilai Tinggi - Akmal

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia memperkukuh kerjasama tenaga dengan Turkmenistan bagi membuka peluang komersial baharu untuk syarikat khususnya dalam perkhidmatan minyak dan gas bernilai tinggi, teknologi, serta kejuruteraan khusus, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

NGC Energy Sasar Pasaran Baharu Susulan Perubahan Dalam Pemilikan

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- NGC Energy Sdn Bhd berhasrat mengembangkan perniagaannya ke pasaran baharu dan memperkukuh kedudukannya dalam sektor gas petroleum cecair (LPG) Malaysia susulan perubahan pemilikan dalam Perangsang Oil & Gas Sdn Bhd (POGSB), salah satu pemegang sahamnya.

Harga Minyak Tinggi Sokong Pendapatan Eksport Malaysia - CGSI

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Lonjakan harga minyak terus menyokong eksport produk petroleum dan gas asli cecair (LNG) Malaysia, sekali gus meningkatkan pendapatan eksport, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGSI).

Perdagangan Malaysia Meningkat 53.7 Peratus Kepada RM396.5 Bilion Pada September - DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 53.7 peratus tahun ke tahun kepada RM396.5 bilion pada September 2026 daripada RM258.1 bilion setahun lepas, disokong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Perlu Perkasa Pedagang Tempatan Tembus Pasaran Petroleum Global

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu membangunkan lebih ramai pedagang petroleum tempatan serta memperkukuh akses kepada pembiayaan perdagangan bagi merealisasikan aspirasi negara sebagai hab perdagangan petroleum serantau. 

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal, Jejaki Penyusutan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menyusut pada awal dagangan Isnin, menjejaki penurunan di Wall Street pada Jumaat lepas di tengah-tengah aktiviti penjualan saham berkaitan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) secara besar-besaran.

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.3 Peratus Pada Suku Ketiga 2026, Pertumbuhan Merentasi Sektor

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2026 selepas mencatatkan pertumbuhan 6.0 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Syor Salur Modal Menerusi PTFC, Perkukuh Disiplin Fiskal Antara Isu Bahas Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan beberapa saranan diketengahkan, termasuk berkaitan peruntukan dana teknologi dan semikonduktor selain usaha memperkukuh disiplin fiskal negara.

Industri OGSE Perlu Perluas Skala Operasi, Inovasi Bagi Pacu Daya Saing - Petronas

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi dan membangunkan kelebihan untuk bersaing di pentas serantau dan global.

Belanjawan 2027: Pertumbuhan Gaji Bergantung Pada Produktiviti, Pelaburan - CIMB

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan gaji susulan Belanjawan 2027 perlu disokong peningkatan produktiviti, pelaburan perniagaan dan penggunaan teknologi bagi mengekalkan daya saing serta mewujudkan pekerjaan berkualiti, menurut CIMB Treasury and Markets Research.

Defisit Fiskal Dijangka Susut, Risiko Perbelanjaan Kekal - BMI

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- BMI mengekalkan unjurannya bahawa defisit fiskal Malaysia akan menyusut kepada 3.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 berbanding anggaran 3.6 peratus pada 2026.

Gaji Minimum RM2,000 Dipersetujui Tanpa Bantahan, PMKS Diberi Masa Lebih Panjang - Johan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Penetapan gaji minimum RM2,000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 telah dipersetujui oleh Majlis Perundingan Gaji Negara, yang turut dianggotai wakil pekerja dan majikan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.