Paragon Globe Raih Kontrak Pusat Data Bernilai RM45.16 Juta Di Johor
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PGBG Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LoA) bagi menyediakan kerja-kerja tanah dan dinding penahan untuk pembangunan pusat data di Johor yang bernilai RM45.16 juta.