Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian "mbsb"

MBSB Group Lupus 100 Peratus Kepentingan Dalam Pengurusan Aset Amanah MIDF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- MBSB Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Malaysian Industrial Development Finance Bhd telah melupuskan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam MIDF Amanah Asset Management Bhd (MAAM) kepada Tortoise Works Sdn Bhd.

Eksport Malaysia Diunjur Berkembang Pesat Pada 2026, Dipacu Permintaan Kukuh

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia 2026 kepada sebanyak 21.7 peratus daripada 15.3 peratus sebelum ini, dipacu prestasi eksport 2026 setakat ini yang lebih kukuh berbanding jangkaan, apabila berkembang 27.5 peratus.

Belian Asing Berterusan Di Bursa Malaysia, Aliran Masuk Lonjak Kepada RM612.3 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Institusi asing meneruskan belian bagi minggu kedua berturut-turut di Bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih mencecah RM612.3 juta iaitu melonjak lebih lapan kali berbanding aliran masuk RM75.3 juta pada minggu sebelumnya, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

MBSB Bank, NCIA Meterai MoU Penyediaan Pembiayaan Hingga RM1 Bilion Untuk PKS

PETALING JAYA, 17 Julai (Bernama) -- MBSB Bank Bhd hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi di seluruh Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan kemudahan pembiayaan sehingga RM1 bilion.

MBSB IB Semak Naik Unjur KDNK, Jangka OPR Kekal Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia kepada 4.5 peratus, disokong oleh kestabilan pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang terkawal.

Institusi Tempatan Terus Catat Aliran Belian Bersih 12 Minggu Berturut-turut - MBSB Research

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih di Bursa Malaysia kepada minggu ke-12 berturut-turut dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM474.6 juta minggu lepas.

Prospek Sektor Perbankan Malaysia Kekal Positif Didorong Pertumbuhan Pinjaman Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd masing-masing mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor perbankan Malaysia, yang kukuh dari segi asas dan terus menawarkan pilihan bersifat defensif yang menarik.

Institusi Tempatan Teruskan Belian Bersih Bagi Minggu Ke-11 Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih berturut-turut untuk minggu ke-11 di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM191.6 juta minggu lepas.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian saham semasa harga rendah yang berterusan merentasi kebanyakan sektor, diterajui oleh saham-saham penjagaan kesihatan, kata penganalisis.

Aliran Masuk Bersih RM319.8 Juta Daripada Sektor Teknologi, Perindustrian, Kewangan - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Sektor teknologi, produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan telah menarik gabungan aliran masuk bersih sebanyak RM319.8 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).