Terdapat 23 berita berdasarkan kata kunci carian "margin"

Unit PIE Industrial Raih Pesanan Bernilai US$99.82 Juta Bagi Pemasangan Produk Berkaitan Pelayan AI

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- PIE Industrial Bhd (PIE) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pan-International Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (PIEM) memperoleh pesanan pembelian bernilai US$99.82 juta (US$1=RM4.11) bagi pemasangan produk berkaitan pelayan kecerdasan buatan (AI) yang digunakan di pusat data.

MBSB IB Kekal Saranan Positif Terhadap YTL Corp Susulan Pendedahan Kepada Pusat Data, AI

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) terus memilih YTL Corporation Bhd (YTL Corp) kerana pendedahannya kepada ekosistem pusat data dan kecerdasan buatan (AI) yang sedang berkembang menerusi YTL Power International Bhd (YTL Power), selain pelbagai perniagaan infrastruktur serta bahan binaan.

Keuntungan Bersih Sunway Construction Meningkat Kepada RM105.05 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) --Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd meningkat kepada RM105.05 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, berbanding RM83.77 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Petronas Gas Catat Untung Bersih Suku Ketiga Naik Kepada RM630.54 Juta, Umum Dividen 18 Sen

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB), mencatat peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM630.54 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026, daripada RM444.22 juta pada tahun sebelumnya.

Keuntungan Bersih Guan Chong Melonjak Kepada RM277.65 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih pengeluar ramuan makanan berasaskan koko, Guan Chong Bhd meningkat kepada RM277.65 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM41.24 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Margin Rizab Elektrik Diunjur Pada Paras 24 Hingga 27 Peratus Bagi 2027-2035 – PETRA

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Margin rizab elektrik bagi tempoh 2027 hingga 2035 diunjurkan pada paras 24 hingga 27 peratus, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Potensi Kenaikan OPR Pada Mac 2027 Bakal Beri Kelegaan Sementara Kepada NIM Bank - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Potensi kenaikan 25 mata asas (bps) Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Mac 2027 boleh memberi kelegaan sementara kepada bank-bank yang berdepan tekanan terhadap margin faedah bersih (NIM), kata CIMB Securities Sdn Bhd.

MAG Umum Pelan Penggantian Pesawat Badan Lebar Jarak Jauh Bulan Depan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dijangka mengumumkan pelan penggantian pesawat badan lebar untuk penerbangan jarak jauh pada bulan depan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Kapten Nasaruddin A. Bakar.

Penggubalan RUU Infrastruktur Digital Di Peringkat Akhir Kajian - Kementerian Digital

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kementerian Digital kini berada pada peringkat akhir kajian penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Infrastruktur Digital (pusat data).

Perniagaan Perlu Tingkat Produktiviti Susulan Kenaikan Gaji Minimum

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kenaikan gaji minimum terbaharu dijangka meningkatkan pendapatan pekerja, namun pada masa sama perlu mendorong perniagaan mempergiat usaha meningkatkan produktiviti bagi memastikan kos upah yang lebih tinggi dapat ditampung tanpa menambah tekanan terhadap harga barangan dan perkhidmatan.

OCBC Turunkan Unjuran Harga Minyak Brent 2027 Kepada US$75 Setong

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- OCBC Bank menyemak turun unjuran harga minyak mentah Brent bagi akhir 2027 kepada US$75 setong daripada US$85 setong sebelum ini, susulan jangkaan konflik di Asia Barat yang semakin reda serta peningkatan kapasiti eksport minyak di rantau Teluk.

MyKP Sungai Ayam, Johor Catat Pendapatan RM5 Juta Setahun Menerusi Ternakan Kerang

ISKANDAR PUTERI, 11 Nov (Bernama) -- Program myKomuniti Perikanan (myKP) di Johor terbukti mampu meningkatkan sosioekonomi komuniti nelayan apabila sebuah kumpulan di negeri itu berjaya menjana pendapatan sehingga RM5 juta setahun menerusi aktiviti penternakan kerang.