Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Dalam Pasaran
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian terhadap saham mewah terpilih khususnya kaunter perkhidmatan kewangan, di tengah-tengah sentimen serantau yang bercampur-campur.