Kerajaan Kekalkan SST, Belum Pertimbang GST Untuk Elak Bebankan Rakyat - Amir Hamzah
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mengekalkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum menjadi pilihan selagi kos sara hidup membebankan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.