Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian "fomc"

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain, Susut Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Selasa, di tengah-tengah penantian terhadap keputusan dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu ini, menurut seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa berikutan asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan terus menyokong unit tempatan itu dalam keadaan risiko geopolitik yang masih berterusan di Asia Barat, kata penganalisis.

Ringgit Dijangka Diniaga Dalam Jajaran Kecil Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Fed Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM4.07 hingga RM4.08 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur memantau keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 27-28 Oktober.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Kebimbangan Harga Saham Berkaitan AI

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat susulan sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan kebimbangan terhadap harga saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan penurunan hasil bon.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat FOMC

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS dan mata wang utama lain hari ini apabila para pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari pada minggu depan.