BERITA TERKINI   SPR adakan mesyuarat khas pada 7 Okt ini, bincang tarikh penting PRN Melaka | Majlis Halal Malaysia-Indonesia akan ditubuhkan, mesyuarat pertama pada Oktober 2026 - TPM Zahid | MIHAS menjana jualan US$1.2 bilion dalam tempoh dua hari - TPM Zahid | SMKA Jempol, Negeri Sembilan bakal jadi sekolah aliran agama TVET pertama negara - Fadhlina | Malaysia-Thailand manfaatkan kekuatan dalam sektor halal dan getah untuk meneroka pasaran ASEAN serta global bernilai tinggi - Akmal Nasrullah | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian "eksport halal"

Kerajaan Perkenal Inisiatif MHGN, Perkukuh Kepimpinan Halal Global Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kerajaan memperkenalkan inisiatif Malaysia Halal Global Nexus (MHGN), sebuah strategi komprehensif yang bertujuan memperluas pasaran antarabangsa, memperkukuh rangkaian penggiat industri dan meningkatkan keyakinan global terhadap integriti halal negara.

Majlis Halal Malaysia-Indonesia Ditubuh, Mesyuarat Pertama Oktober - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia mengumumkan penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia sebagai usaha memperkukuh diplomasi halal antara kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Pavilion Libya Di MIHAS 2026 Bakal Pacu Perdagangan Malaysia-Libya -- MATRADE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pembukaan Pavilion Libya pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) dijangka membuka peluang baharu bagi perniagaan Malaysia dan Libya untuk mengembangkan perdagangan masing-masing. 

Bangladesh Mohon Kepakaran Malaysia Rancakkan Eksport Halal Ke Asia Tenggara

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bangladesh mahu memanfaatkan kepakaran Malaysia dalam pensijilan halal dan piawaian pengawalseliaan bagi memperkukuh ekosistem halalnya serta memperluas eksport produk halal ke pasaran Asia Tenggara.

MIHAS 2026 Sasar Jana Potensi Perniagaan Lebih RM5 Bilion, Perluas Eksport Halal

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 edisi ke-22 tahun ini disasarkan menjana potensi perniagaan melebihi RM5 bilion selain memperluas akses produk halal Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Halal : HDC Bawa 15 Pengeksport Sertai Fi South America, Eksport Ke Brazil RM860.45 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) menerajui delegasi sebanyak 15 pengeksport dengan pensijilan halal Malaysia ke Fi South America 2026 di Sao Paulo ketika eksport halal Malaysia ke Brazil mencecah RM860.45 juta pada 2025 berbanding RM510.82 juta pada 2023.

Untung Bersih Nestlé Malaysia Suku Kedua Naik Kepada RM155.01 Juta, Umum Dividen 80 Sen

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestlé (Malaysia) Bhd bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026 meningkat kepada RM155.01 juta daripada RM112.11 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

MATRADE Sasar Memudah Cara Lebih 120 Sesi Padanan Perniagaan Di Pavilion WiEX@MIHAS 2026

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan untuk memudah cara lebih 120 sesi pemadanan perniagaan bagi syarikat Malaysia yang mengambil bahagian dalam Pavilion Women in Export (WiEX) di WiEX@MIHAS.