13jam ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka antara US$80 hingga US$95 setong pada 2027 dengan andaian eksport minyak Asia Barat dipulihkan secara berperingkat dan penawaran global pulih pada kadar yang mengatasi pertumbuhan permintaan, menurut penganalisis.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank Dunia menjangkakan harga komoditi naik 23 peratus pada 2026 susulan kejutan global yang semakin meningkat, dengan konflik di Asia Barat telah mengurangkan inventori minyak dan dijangka melonjakkan harga tenaga ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran pertumbuhan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia bagi 2026 kepada 7.4 peratus daripada 6.4 peratus sebelum ini susulan risiko berterusan dalam pasaran tenaga akibat konflik berpanjangan di Asia Barat.
1hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, menjejaki kenaikan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
2hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Selasa, di tengah-tengah penantian terhadap keputusan dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu ini, menurut seorang penganalisis.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent meningkat kepada US$117 (US$1=RM4.08) setong, didorong oleh peningkatan serangan Houthi terhadap infrastruktur Arab Saudi serta aliran minyak yang lebih perlahan melalui Selat Hormuz, menurut Rystad Energy.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.
3hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin sebelum menurun kemudiannya berikutan sentimen pasaran yang terjejas oleh prestasi Wall Street semalaman yang lemah.
7hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas niaga hadapan getah serantau menunjukkan pengukuhan yang menyokong sentimen tetapi telah diimbangi oleh permintaan yang lemah daripada sektor pembuatan tayar China, menurut seorang peniaga.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Sektor minyak dan gas (O&G) bersepadu Malaysia dijangka mengekalkan prospek positif pada suku keempat 2026, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan daya tahan operasi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).