Petronas, Tokyo Gas Perkukuh Kerjasama Melalui Penghantaran Bio-LNG Pertama Dari Malaysia Ke Jepun
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui anak syarikat milik penuhnya, Petronas LNG Ltd (PLL), melaksanakan penghantaran pertama Bio-LNG yang mendapat pensijilan International Sustainability and Carbon Certification (ISCC) PLUS dari Malaysia ke Jepun dengan kerjasama Tokyo Gas Co Ltd (Tokyo Gas).