Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian "airborneo airways"

AirBorneo Sasar Permintaan Kukuh Bagi Laluan Antarabangsa Pertama Kuching-Singapura

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak, AirBorneo Airways (AirBorneo) menjangkakan permintaan yang kukuh bagi laluan antarabangsa pertamanya yang baharu dilancarkan, iaitu antara Kuching dan Singapura berikutan penerbangan sulungnya pada 22 Julai.  

AirBorneo Dirancang Jadikan Sarawak Hab Pelaburan Serantau -- Abang Johari

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Air Borneo dirancang sebagai pemangkin jangka panjang untuk menjadikan Sarawak sebagai hab pelaburan dan logistik serantau selain menyokong usaha memperkukuh ekonomi Malaysia, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

AirBorneo Terap ‘Model Sarawak’ Kekalkan Tambang Mampu Milik – Abang Johari

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak, AirBorneo, akan beroperasi menerusi “model Sarawak” yang menggabungkan sokongan kerajaan dengan operasi komersial bagi memastikan tambang penerbangan kekal berpatutan, selain menjamin kemampanan jangka panjang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

AirBorneo Perluas Operasi Ke Seluruh ASEAN, Kekalkan Perkhidmatan Udara Luar Bandar

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- AirBorneo Airways (AirBorneo) akan memperluaskan operasinya ke beberapa destinasi di seluruh ASEAN sambil terus mengekalkan tanggungjawabnya untuk menyediakan perkhidmatan udara luar bandar (rural air services) di Sarawak dan Sabah.

TPM Fadillah Sambut Penerbangan Sulung AirBorneo, Buka Lembaran Baharu Penerbangan Sarawak

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menyambut ketibaan penerbangan sulung AirBorneo Airways dari Kuching ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini.

AirBorneo Umum Pelarasan Sementara Kepada Frekuensi Penerbangan Terpilih

KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- AirBorneo Airways Sdn Bhd hari ini mengumumkan pelarasan sementara kepada kekerapan penerbangan ke atas sebilangan kecil laluan terpilih merentasi rangkaiannya, berkuat kuasa 6 Julai hingga 24 Okt, sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kebolehpercayaan armada serta mengukuhkan prestasi jadual.