BERITA TERKINI   PM Anwar akan adakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Narendra Modi semasa lawatan kerja bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS 2026 di New Delhi, India - Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia | 

Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian " suku pertama tahun kewangan 2027"

Untung Bersih IJM Naik Kepada RM137.39 juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd (IJM Corp) bagi suku pertama, berakhir pada 30 Jun, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027) meningkat kepada RM137.39 juta daripada RM95.60 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas, didorong oleh bahagian pembinaan, pengilangan serta kuari.

Untung Bersih E&O Meningkat Kepada RM58.11 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Eastern & Oriental Bhd (E&O) meningkat kepada RM58.11 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2026 daripada RM45.41 juta pada suku pertama tahun kewangan 2026.

Untung Bersih MNRB Meningkat Kepada RM183.75 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd meningkat kepada RM183.75 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun 2026 daripada RM168.43 juta pada suku pertama 2026 berikutan sumbangan yang lebih baik daripada perniagaan insurans semula, takaful keluarga dan takaful semula.

Kumpulan AmBank Unjur Pertumbuhan Pinjaman Tahun Kewangan 2027 Kekal 7-8 Peratus

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) mengunjurkan pertumbuhan pinjamannya kekal pada sekitar tujuh hingga lapan peratus bagi tahun kewangan 2027 dipacu oleh permintaan berterusan daripada syarikat korporat peringkat pertengahan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

PGF Capital Catat Untung Bersih RM8.9 Juta, Naik 18.3 Peratus

GEORGE TOWN, 27 Julai (Bernama) -- PGF Capital Bhd, pengeluar bahan penebat terkemuka Asia Tenggara yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, mencatat peningkatan untung bersih sebanyak 18.3 peratus tahun ke tahun kepada RM8.9 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2027 berakhir 31 Mei, 2026, berbanding RM7.5 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Vantris Energy Catat Untung Bersih RM145.79 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Vantris Energy Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM145.79 juta pada suku pertama (S1) bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2027 (TK2027), berbanding kerugian bersih RM477.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.