Terdapat 4 berita berdasarkan kata kunci carian " selatan global"

PM Anwar Akan Bertemu Modi, Putin Semasa Lawatan Kerja Hadiri Sidang Kemuncak BRICS Di India

Daripada Saraswathi Muniappan

NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari India Narendra Modi serta Presiden Rusia Vladimir Putin semasa lawatan ke negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 pada hujung minggu ini di New Delhi.

New Delhi Perketat Keselamatan, Protokol Trafik Sempena Perjumpaan Pemimpin BRICS

Daripada M.Saraswathi

NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) -- Sempena Sidang Kemuncak BRICS ke-18 pada hujung minggu ini di sini, New Delhi mempertingkat kawalan keselamatan serta mengetatkan protokol pergerakan termasuk lencongan lalu lintas di sepanjang laluan utama di bandar ini bagi memastikan pergerakan lancar para pemimpin.

Hab Ant International Di KL Bakal Jana Peluang Pekerjaan, Tingkatkan Keupayaan Tempatan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata teknologi, kewangan dan inovasi mesti mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperkukuh keupayaan domestik, menyokong pertumbuhan perniagaan dan memperluas akses kepada perkhidmatan yang berpatutan ketika Malaysia meletakkan dirinya sebagai hab serantau untuk teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Lawatan PM Anwar Ke Rusia, Turkmenistan Perkukuh Keterjaminan Tenaga Malaysia - BRICS International Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- BRICS International Malaysia menyambut baik hasil positif lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia dan Turkmenistan terutamanya untuk memperkukuh keterjaminan tenaga Malaysia bagi jangka panjang, meningkatkan kerjasama minyak dan gas (O&G) serta memperkukuh kerjasama ekonomi strategik.