Terdapat 24 berita berdasarkan kata kunci carian " sarung tangan"

Pengeluar Sarung Tangan Malaysia Dijangka Naikkan Harga US$2.00-US$2.50 Setiap Karton Pada Oktober - RHB IB

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan getah Malaysia dijangka menaikkan harga sebanyak US$2.00-US$2.50 setiap karton pada Oktober, dengan satu lagi kenaikan dijangka pada November jika kos lateks nitril terus meningkat, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Pasaran Getah Dijangka Kekal Stabil, Cenderung Turun Sedikit Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka kekal stabil dari segi harga dan permintaan dengan sedikit kecenderungan menurun minggu depan berikutan kos yang lebih tinggi, ketidaktentuan geopolitik serta keseimbangan di antara penawaran dengan permintaan yang masih terkawal.

TMK Chemical Ambil Alih 100 Peratus Pegangan Dalam CCM Pada Harga RM939.9 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada harga RM939.9 juta. 

Top Glove Unjur Pendapatan Tahun Kewangan 2026 Lebih Baik Susulan Permintaan Kukuh

CYBERJAYA, 12 Sept (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd mengunjurkan prestasi pendapatan yang lebih baik bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos, 2026 disokong oleh permintaan sarung tangan global yang kekal kukuh serta harga jualan purata (ASP) yang lebih tinggi.

Kerajaan Perkukuh Peraturan, Kebolehjejakan Bagi Pacu Industri Sarung Tangan Getah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkukuhkan peraturan yang mengawal selia pembuatan dan eksport sarung tangan getah bagi menangani lebihan kapasiti industri sambil meningkatkan kebolehjejakan sarung tangan buatan Malaysia.

Pasaran Getah Dijangka Kekal Kukuh Minggu Depan Susulan Bekalan Terhad

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diunjur kekal kukuh dengan kecenderungan meningkat minggu depan, disokong bekalan komoditi yang dijangka terhad dalam keadaan cuaca buruk.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan disokong oleh permintaan yang lebih kukuh dan kebimbangan terhadap kemungkinan kekangan bekalan.

Keuntungan Bersih Kossan Rubber Pada Suku Kedua Meningkat Kepada RM64.47 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Kossan Rubber Industries Bhd (Kossan) bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) meningkat lebih dua kali ganda kepada RM64.47 juta berbanding RM31.15 juta pada suku kedua 2025, disokong oleh prestasi lebih baik di semua bahagiannya. 

Pasaran Getah Dijangka Bergerak Dalam Jajaran Kecil Minggu Hadapan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, menurut Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Melonjak 31.5 Peratus Pada Jun 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada 26,553 tan pada Jun 2026 daripada 20,198 tan pada Mei 2026.

Pasaran Getah Bergerak Dalam Jajaran Kecil Minggu Hadapan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal dalam jajaran kecil pada minggu hadapan berikutan ketidaktentuan geopolitik dan perbincangan tarif yang diperbaharui telah menjejaskan minat belian global.

Untung Bersih Suku Pertama Hartalega Melonjak Kepada RM70.03 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2026 (S1 2026) meningkat kepada RM70.03 juta daripada RM12.61 juta setahun sebelumnya.