Industri OGSE Perlu Perluas Skala Operasi, Inovasi Bagi Pacu Daya Saing - Petronas
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi dan membangunkan kelebihan untuk bersaing di pentas serantau dan global.