Unit Destini Peroleh Kontrak MRO Berjumlah RM45.58 Juta Daripada Perbadanan Aset Keretapi
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Anak syarikat 70 peratus milik Destini Bhd (Destini), iaitu M Rail Technics Sdn Bhd (Railtec) telah memperoleh kontrak bernilai RM45.58 juta daripada Perbadanan Aset Keretapi untuk melaksanakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi 13 set kereta api.