BERITA TERKINI   MBPP arah henti kerja serta merta projek bina kondominium dan jalan di lokasi tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang | Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang pagi ini - Bomba | 

Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian " pemegang saham utama"

Astro Malaysia Jual Aset Perniagaan Jalur Lebar Pada Harga RM83 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Maxis Broadband Sdn Bhd untuk menjual aset perniagaan jalur lebarnya pada harga RM83 juta.

Malakoff Meterai Perjanjian Kerja Transmisi Bernilai RM34.39 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd, memeterai perjanjian Kerja Transmisi dan Sambungan (TIWA) bernilai RM34.39 juta dengan MMC Engineering Sdn Bhd (MMCE).

Zetrix AI Sahkan Tidak Ingkar Bayaran Di Tengah-tengah Potensi Pelanggaran Kovenan Sukuk

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Zetrix AI Bhd mengesahkan tidak berlaku sebarang keingkaran bayaran setakat pengumuman hari ini, di tengah-tengah kemungkinan pelanggaran kovenan bagi program sukuk wakalah syarikat yang bernilai sehingga RM2 bilion.

Nexgram Lantik Pemegang Saham Utama Henry Cheang Pengarah Urusan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Nexgram Holdings Bhd mengumumkan Henry Cheang Soon Siang sebagai pemegang saham utama selepas mengambil alih 55.97 juta saham biasa, menjadikan jumlah pegangannya sebanyak 65.97 juta saham, mewakili 6.75 peratus daripada keseluruhan saham mengundi terbitan syarikat itu.

HIS TIZA Beli 30 Peratus Kepentingan Dalam Mentiga Pada Harga RM21 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- HIS TIZA Pahang Sdn Bhd (HTP) sedang memperoleh 30 peratus kepentingan dalam kumpulan perladangan dari Pahang iaitu Mentiga Corporation Bhd melalui pertimbangan tunai RM21 juta daripada pemegang saham terbesarnya, Amanah Saham Pahang Bhd (ASPA).

Bahagian IPO NWE Resources Bagi Orang Awam Terlebih Langganan 2.82 Kali

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bahagian tawaran awam permulaan (IPO) NWE Resources Group Bhd (NWE Resources) yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia terlebih langganan sebanyak 2.82 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia. 

Anak Syarikat Vantris Energy Peroleh Kontrak Kerja Luar Pesisir Bernilai RM1.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh secara langsung Vantris Energy Bhd (Vantris Energy), iaitu VTEB Offshore Sdn Bhd (VOSB) memperoleh dua pesanan kerja pemasangan dan pengangkutan (T&I) luar pesisir dengan nilai gabungan kira-kira RM1.8 bilion.

DSR Taiko, PKNP Meterai MoU Bagi Wujud Sistem Pengesahan, Pensijilan Musang King Pahang

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- DSR Taiko Bhd merancang untuk bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) untuk mewujudkan piawaian pengesahan asal usul dan pendigitalan kebolehkesanan eksport bagi durian Musang King yang berasal dari Pahang.

Paragon Globe Raih Kontrak Pusat Data Bernilai RM45.16 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PGBG Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LoA) bagi menyediakan kerja-kerja tanah dan dinding penahan untuk pembangunan pusat data di Johor yang bernilai RM45.16 juta.

TRC Synergy Raih Kontrak RM149.98 Juta Bagi Pusat Data Hiperskala

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- TRC Synergy Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM148.98 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd, membabitkan kerja-kerja perkhidmatan bawah tanah bagi sebuah pusat data hiperskala.

KWSP Muncul Sebagai Pemegang Saham Utama Dalam Eco-Shop

KUALA LUMPUR, 2 Sept  (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Eco-Shop Marketing Bhd selepas memiliki 8.68 juta saham biasa pada 27 Ogos, 2026.