Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian " pelaburan asing"

Malaysia, Switzerland Muktamadkan Pusingan Kedua Rundingan Semula Perjanjian Pencukaian Dua Kali

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) dan Sekretariat Negara  Kewangan Antarabangsa Switzerland berjaya memuktamadkan pusingan kedua bagi rundingan semula Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) Berkaitan Cukai Pendapatan antara kedua-dua negara.

Spekulasi Politik, Kemungkinan PRU16 Bukan Faktor Utama Pengaruhi Keputusan Pelabur

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) --  Spekulasi politik dan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bukan faktor utama yang mempengaruhi keputusan pelabur asing, meskipun kestabilan politik kekal sebagai antara pertimbangan penting dalam menentukan destinasi pelaburan.

Winner Sky Tech Buka Fasiliti Di Batu Kawan, Pelaburan Komited Berjumlah RM70 Juta

BATU KAWAN, 18 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) Winner Sky Technology Sdn Bhd telah membuka kemudahan pembuatan baharu seluas 60,000 kaki persegi di Batu Kawan, menandakan satu peristiwa penting dalam trajektori pertumbuhan syarikat dan memperkukuh komitmen jangka panjangnya kepada Malaysia sebagai pangkalan untuk pembuatan elektronik bernilai tinggi.

Malaysia Dijangka Kekalkan Momentum Perdagangan Kukuh -- Sim

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia dijangka terus mengekalkan momentum perdagangan yang kukuh dalam beberapa bulan akan datang selepas mencatat prestasi perdagangan terbaik dalam sejarah negara bagi empat bulan pertama 2026 meskipun dalam ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan global.

Uzbekistan Bakal Tarik Lebih Banyak FDI Susulan Penambahbaikan Dalam Iklim Pelaburan - Presiden

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ketika negara itu melaksanakan langkah-langkah sistematik untuk menambah baik iklim pelaburannya, termasuk menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa Tashkent (TIFC) dan meluaskan inisiatif penswastaan.