Terdapat 124 berita berdasarkan kata kunci carian " negeri"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Hampir Tidak Berubah Daripada Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama lain dan hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS).

Dagangan Sabah 2025 Cecah RM105.5 Bilion, Kekal Lebih RM100 Bilion Untuk Tahun Keempat -- DOSM

KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Jumlah dagangan Sabah berada pada paras RM105.5 bilion pada 2025 kekal di atas paras RM100 bilion untuk tahun keempat berturut-turut di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

MPOB Lantik Badrul Hisham Mohd Sebagai Ketua Pengarah Baharu Berkuat Kuasa Hari Ini

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengumumkan pelantikan Datuk Badrul Hisham Mohd sebagai Ketua Pengarahnya berkuat kuasa 3 Ogos 2026, berikutan persaraan Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir. 

Pelabuhan Tawau Peroleh Dua Kren Dermaga Baharu Bernilai RM70 Juta - Hajiji

TAWAU, 2 Ogos (Bernama) -- Pelabuhan Tawau memperoleh dua kren dermaga (quay crane) baharu bernilai RM70 juta bagi mempertingkat kapasiti pengendalian kargo serta mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk maritim utama di Pantai Timur Sabah.

Kementerian Ekonomi Teliti Kemungkinan Projek Rintis Agenda Menua Tahun Depan

JOHOR BAHRU, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang mengenal pasti kemungkinan pelaksanaan projek rintis yang spesifik dalam mendepani cabaran peralihan struktur demografi menua untuk diketengahkan pada tahun hadapan.

JDV Sasar 5.5 Juta Liter Susu, Perkukuh Keterjaminan Makanan Negara

Oleh Nur Faradilla Mohamad

MERSING, 1 Ogos (Bernama) -- Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) menyasarkan pengeluaran susu segar sebanyak 5.5 juta liter menjelang akhir tahun ini, didorong peningkatan bilangan lembu perahan serta kesiapsiagaan kemudahan pemprosesan yang dijangka beroperasi mengikut jadual.

Kerajaan Tanggung Subsidi LPG Hampir RM1.25 Bil Bagi Tempoh Jan-Mei

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan telah menanggung subsidi gas petroleum cecair (LPG) hampir RM1.25 bilion untuk tempoh Januari sehingga Mei 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Pelan Induk JS-SEZ Dijangka Dilancarkan Disember Ini - Akmal Nasrullah

BATU PAHAT, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan dilancarkan secara rasmi sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin pada Disember ini.

Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$132.56 Bilion Setakat Akhir Jun 2026

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132.56 bilion (US$1=RM4.08), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.54 bilion setakat akhir Jun 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

K-Test Labur US$50 Juta Bagi Perkasa Ekosistem Semikonduktor Perak

BATU GAJAH, 30 Julai (Bernama) -- Pelaburan sebanyak US$50 juta oleh syarikat pakar pengujian semikonduktor Korea Selatan, K-Test Co. Ltd (K-Test) dijangka memperkukuh ekosistem industri elektrik dan elektronik (E&E) Perak, sekali gus merangsang pertumbuhan sektor pembuatan berteknologi tinggi di negeri ini.

Perdagangan Malaysia 2025 Catat Prestasi Tertinggi Lepasi Nilai RM3 Trilion

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia kekal kukuh pada 2025 dengan jumlah perdagangan meningkat 6.3 peratus atau RM182.4 bilion kepada RM3.1 trilion berbanding tahun sebelumnya, disokong pertumbuhan eksport dan import masing-masing sebanyak 6.6 peratus dan enam peratus.

Aset Bersih Kumpulan Wang Amanah Negara Dijangka Berganda Dalam Tempoh 10 Tahun

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Aliran masuk yang konsisten ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) termasuk pulangan pelaburan terkumpul dijangka meningkatkan aset bersih dana itu kepada dua kali ganda dalam tempoh kira-kira 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.