BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong zahirkan keprihatinan terhadap kesihatan, pendidikan pelajar susulan situasi jerebu - Fadhlina | Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang baharu - MKN | Malaysia percepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan IP Arm Ltd berlandaskan pengalaman 50 tahun dalam industri pembuatan - Akmal Nasrullah | Hab semikonduktor persekutuan, negeri saling melengkapi, bukan pertindihan tugas antara satu sama lain - Akmal Nasrullah | 

Terdapat 160 berita berdasarkan kata kunci carian " jangkaan"

Malaysia Berada Di Landasan Atasi Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 - Ahli Ekonomi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di landasan untuk mengatasi unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.8 hingga 5.3 peratus bagi 2026, susulan pengembangan ekonomi sebanyak 5.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata ahli ekonomi.

Unjuran KDNK Suku Ketiga Kukuh, Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku Ketiga 2026 bagi Malaysia yang mengatasi jangkaan awal.

Belanjawan 2027 - RHB Kekal Jangkaan Pertumbuhan KDNK 2027 Malaysia Pada 4.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- RHB Bank Bhd mengekalkan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2027 untuk Malaysia pada 4.9 peratus, berikutan pembentangan Belanjawan 2027.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan faktor luaran, termasuk jangkaan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang ketat, mengimbangi sokongan daripada dolar AS yang lemah.

Malaysia Perlu Luaskan Asas Cukai, Tingkatkan Penyasaran Subsidi Hadapi Kejutan Ekonomi – IMF

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu meneruskan konsolidasi fiskal, meluaskan asas cukai dan menambah baik penyasaran subsidi bagi memperkukuh daya tahan ekonomi negara terhadap kejutan ekonomi pada masa depan, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Projek Kampus KWAP RM750 Juta Dirancang Sebagai Pelaburan Komersial Berjangka Panjang

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM750 juta Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) di bawah Belanjawan 2027 mewakili pelaburan komersial yang dirancang untuk Projek Vista Kampus merentasi enam universiti terpilih, dengan tujuan menjana pulangan jangka panjang yang mampan kepada dana persaraan itu.

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 4.7 Peratus Pada Suku Ketiga - TA Securities

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.7 peratus pada suku ketiga 2026, disokong oleh penggunaan domestik, pelaburan dan aktiviti pembuatan, kata Ketua Ahli Ekonomi TA Securities Shazma Juliana Abu Bakar.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada Khamis, mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut, susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih serta dipengaruhi oleh penurunan di pasaran serantau dan Wall Street.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Anggaran Awal KDNK Malaysia Suku Ketiga

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS yang semakin menyusut pada Khamis berikutan pelabur menilai keadaan pasaran menjelang pengumuman anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 esok.

Kebergantungan Global Terhadap Import Tenaga Dijangka Memuncak Menjelang 2034

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kebergantungan global terhadap tenaga import diunjur mencapai kemuncak menjelang 2034, apabila kebimbangan mengenai keselamatan tenaga memacu peralihan ke arah elektrifikasi, di tengah-tengah peningkatan gangguan terhadap bekalan bahan api global.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut hari ini, dengan SMR 20 mencatatkan penurunan mendadak selaras dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah.

Bursa Malaysia Rendah Setakat Tengah Hari Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan rendah berikutan aktiviti pengambilan untung selepas pasaran mencatat peningkatan selama empat hari berturut-turut sebelum ini.