Pelan Induk Pelaburan SEZ Iskandar Malaysia Dijangka Dilancar Akhir Tahun - RHB IB
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dijangka melancarkan Pelan Tindakan Pelaburan dan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas (SEZ) Iskandar Malaysia menjelang akhir tahun ini, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
Dalam nota penyelidikannya hari ini, RHB IB memakumkan pihaknya semakin yakin terhadap prospek jangka pendek pasaran hartanah Iskandar Malaysia.
"Menjelang Disember, rangkaian infrastruktur rentas sempadan utama, iaitu Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura, dijangka siap sekali gus meningkatkan sentimen pasaran dan keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuhan Johor.