Pengukuhan Ringgit Cerminan Asas Ekonomi Kukuh
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit kepada RM4.0905 pada 20 Julai lepas mencerminkan asas ekonomi yang kukuh, disokong oleh prestasi eksport berdaya tahan dan lebihan imbangan perdagangan yang berterusan, menurut Kementerian Ekonomi.