Ruang Udara Ditutup sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Penerbangan Malaysia Airlines Dijadual Semula
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd akan menjadualkan semula penerbangan terpilih yang tiba dan berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan penutupan sementara ruang udara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.