Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi madani"

Sukuk Global Malaysia Bernilai US$1.5 Bilion Catat Lebihan Langganan 4.7 Kali

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Permintaan kukuh daripada pelabur mendorong langganan lebihan sebanyak 4.7 kali bagi penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion, yang ditetapkan pada spread terendah dalam rekod, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

SC, SFC Hong Kong Meterai MoU Mudahkan Penyenaraian IPO Silang, Pelaburan Rentas Sempadan

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (SFC) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama pasaran modal antara kedua-dua pihak.

Lonjakan Indeks Daya Saing Bukti Ekonomi MADANI Pada Landasan Tepat - SAMENTA

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kejayaan Malaysia melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 Indeks Daya Saing Dunia Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) membuktikan kerangka Ekonomi MADANI berada pada landasan tepat, khususnya menerusi komitmen kerajaan mengurangkan kerenah birokrasi.

ECRL Dijangka Sumbang Sehingga RM90 Bilion Kepada KDNK Menjelang 2047

Oleh Anis Nabilla Md Wazilah

KUANTAN, 21 Julai (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diunjurkan menjana sumbangan nilai tambah terkumpul sebanyak RM80 hingga RM90 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2047.

Reformasi, Dasar Kerajaan MADANI Pacu Pertumbuhan KDNK 5.8 Peratus - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Reformasi serta dasar yang dilaksanakan Kerajaan MADANI sejak lebih tiga tahun lepas telah memperkukuh asas ekonomi negara dan membolehkan Malaysia mengharungi gelora dengan lebih yakin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelabuhan Midport Di Port Dickson Bakal Perkukuh Kedudukan Malaysia Sebagai Hab Maritim - PM Anwar

PORT DICKSON, 14 Julai (Bernama) – Pembangunan Pelabuhan Midport di sini bakal memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital dan maritim sekali gus meningkatkan keupayaan negara memenuhi permintaan perdagangan global yang semakin berkembang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2027 Tekankan Pertumbuhan Mampan, Kesejahteraan Rakyat - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menekankan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berteraskan kesejahteraan rakyat, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, dalam merangka Belanjawan 2027.