Entiti Eksport Baharu Indonesia Dijangka Beri Impak Kecil Terhadap Ekonomi -- RHB IB
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 23 Julai (Bernama) -- Entiti eksport Indonesia yang baharu diwujudkan, Danantara Sumberdaya Indonesia (DSI) dijangka memberi impak terhad terhadap pasaran ekonomi dan eksport komoditi negara itu, sekali gus meredakan kebimbangan terhadap perubahan besar ke atas eksport komoditi yang strategik.