Terdapat 62 berita berdasarkan kata kunci carian " diesel"

Pertumbuhan KDNK Malaysia 2026 Diunjur 5.4 Peratus, Dipacu Permintaan Domestik Kukuh - RHB IB 

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

81 Peratus Pemaju Catat Peningkatan Kos Perniagaan Pada Separuh Pertama 2026 - REHDA

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Tinjauan pasaran oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menunjukkan bahawa 81 peratus responden melaporkan kos menjalankan perniagaan yang lebih tinggi pada separuh pertama 2026, meningkat daripada 74 peratus pada separuh kedua tahun 2025.

OGX Group Ceburi Bidang Tenaga Boleh Baharu, Sasar Pasaran Pusat Data

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- OGX Group Bhd telah menceburi industri tenaga boleh baharu (RE), menyasarkan peluang dalam pasaran pusat data Malaysia yang sedang berkembang menerusi sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus Dalam Mesyuarat Pada November

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Apex Securities Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang pada November ini.

Bekalan Gas Sabah Dijangka Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Menjelang 2030 - Hajiji

KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda kepada 1,350 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) menjelang 2030 daripada 700 MMscfd ketika ini, susulan pelaksanaan tujuh projek pembangunan luar pesisir, termasuk empat medan gas baharu.

Jualan Borong, Runcit Malaysia Naik 9.0 Peratus, Catat RM170.5 Bilion Pada Julai 2026

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia berjumlah RM170.5 bilion pada Julai 2026, meningkat 9.0 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

SLGC Sasar Raih RM29.4 Juta Melalui IPO, Bakal Disenarai Di ACE Market

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan pembinaan SLGC Bhd menyasarkan untuk meraih RM29.4 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 Okt ini.

Bekalan Bahan Api Malaysia Stabil Tetapi Harga Kekal Naik Dua Hingga Tiga Tahun

PUTRAJAYA, 6 Sept(Bernama) -- Bekalan bahan api Malaysia masih kukuh walaupun paras bekalan global berada dalam paras rendah, kerajaan yakin negara ini akan memperoleh bekalan yang mencukupi sehingga akhir tahun, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

PM Anwar Umum Enam Ikhtiar Segera Tangani Kos Sara Hidup Rakyat

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan enam ikhtiar segera untuk rakyat merangkumi subsidi bahan api, penyelenggaraan sekolah, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan kesihatan, e-Invois dan pembiayaan mikro yang akan berkuat kuasa 1 Sept ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Harga Minyak Sayuran

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menjejaki harga minyak sayuran global yang lebih rendah susulan cuti umum di Malaysia semalam.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Kekal Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap cuaca dan program biodiesel B50 Indonesia.